Home / About Us / Our Services / Contact Us

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
JOHOR,
ARAS  4,  BLOK C 2 S
PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN JOHOR
79000 NUSAJAYA. JOHOR
Tel. No. 07-2666880 / Fax. No. 07-2661443 / www.johordt.gov.my/ptgj.
           
                                                                                    
Rujukan PTG: Bil. (7) dlm.PTG(D)15/92(WA) Jilid. 4 
PEKELILING PTG JOHOR BIL. 01/2009.
GARIS PANDUAN BARU PEROLEHAN HARTANAH OLEH  KEPENTINGAN ASING YANG DIGUNAPAKAI DALAM NEGERI JOHOR.
 
1.         TUJUAN: 
Pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dalam mesyuaratnya pada 11 Februari 2009 sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil. 248/2009 mengenai Garis Panduan Baru Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan  Asing dalam Negeri Johor.
  
2.         KEPENTINGAN ASING  
Kepentingan Asing bermaksud sesuatu kepentingan, kumpulan kepentingan bersekutu atau pihak yang bertindak secara bersama merangkumi;
 
2.1.      Individu bukan warganegara Malaysia atau
2.2.      Syarikat atau institusi asing (melainkan pegangan efektif dinyatakan) atau
2.3.      Syarikat tempatan atau institusi tempatan yang mana pihak di butiran (a) dan/atau (b) memiliki lebih daripada 50% hak mengundi dalam syarikat atau institusi berkenaan. 
 
3.         PROSEDUR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
DAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN:
 
3.1.      Pemaju-pemaju Perumahan dibenarkan menjual hartanah milik mereka kepada Kepentingan Asing setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dengan jumlah tidak melebihi kouta peratus / unit yang telah ditetapkan semasa proses permohonan Pecah Sempadan Tanah Secara Serah Balik dan Kurnia Semula (SBKS).
 
3.2.      Jenis Bangunan dan Harga Minima hartanah yang dibenarkan dimiliki oleh Kepentingan Asing adalah seperti di Lampiran A.
 
3.3.      Kepentingan Asing boleh mengemukakan permohonan kebenaran perolehan  hartanah secara sendiri atau melalui peguam yang dilantik.
 
3.4.      Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang telah ditetapkan  (BORANG KA. 1/2005 HINGGA KA. 6/2005) dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan seperti dalam Senarai Semak (Check-list).- di Lampiran B.
 
3.5.      Bayaran Proses Permohonan adalah sebanyak RM500.00 bagi setiap hakmilik dan Bayaran Kebenaran Perolehan Hartanah sebanyak RM10,000.00  bagi setiap hakmilik dan perlu dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat kelulusan tersebut.
 
3.6.      Lot Bumiputera yang telah dilepaskan oleh Pejabat SUK. Cawangan Perumahan Johor dibenarkan dijual kepada Kepentingan Asing.  Walau bagaimanapun Sekatan Kepentingan Tanah dalam hakmilik terlibat tidak akan dibatalkan iaitu sabagaimana yang dilaksanakan kepada pembeli warganegara bukan bumiputera yang membeli unit Rumah/Kedai ” Lot Untuk Bumiputera.”
 
3.7.      Pemaju-pemaju Perumahan juga dibenarkan menjual hartanah mereka kepada Kepentingan Asing tanpa perlu menunggu projek 50% siap iaitu sebagaimana yang dibenarkan penjualannya kepada warga tempatan.
 
3.8.      Perserahan suratcara pindahmilik (Borang 14A KTN.) bagi tujuan pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari  tarikh surat kelulusan dan 12 bulan dari tarikh Suratan Hakmilik Strata didaftarkan.
 
3.9.      Surat Kebenaran Perolehan / Kelulusan yang telah tamat tempoh melebihi satu (1) tahun,  tidak lagi boleh dilanjutkan.  Pemohon perlu mengemukakan permohonan baru untuk pertimbangan.     
 
3.10     Institusi Kewangan Luar Negara / Tempatan yang membiayai pembelian hartanah yang berkenaan boleh menerima gadaian/cagaran hartanah yang sama tetapi institusi kewangan berkenaan tidak boleh menangkap lelong sekiranya hartanah yang sama dilelong dengan sebab gadaian/cagarann itu.
 
3.11.    Kelulusan yang diberikan tidak boleh dipindahmilik  atau dipindah hak kepada mana-mana pihak lain dengan apa cara sekalipun.
 
3.12.    Bukan Warganegara yang dilantik sebagai Wasi atau Pentadbir dan kemudiannya memindahmilik hartanah berkenaan kepada benefisiari, tidak perlu lagi membayar bayaran Kebenaran Perolehan  sebanyak RM10,000.00, tetapi permohonan kebenaran perolehan perlu dibuat dengan bayaran sebanyak RM500.00 bagi setiap hakmilik.
 
 
PEMILIKAN HARTANAH BAGI TUJUAN KOMERSIL:
 
3.13.    Hartanah yang hendak dijual kepada Kepentingan Asing tidak boleh
ditumpukan kepada satu lokasi sahaja.
 
3.14.    Pemaju dikehendaki mengenalpasti lot-lot dan unit-unit yang akan dijual,
apabila mengemukakan pelan leaut untuk diluluskan.
 
3.15.    Selepas mendapat kelulusan, pemaju atau pemilik hendaklah mendaftar
suratcara pindahmilik dalam tempoh satu tahun dari tarikh surat kelulusan
Selepas tempoh tersebut, kelulusan akan terbatal.
 
3.16.    Sekiranya lot untuk Kepentingan Asing  itu dibeli oleh Warganegara Malaysia,
Pemaju atau Pemilik tidak akan dibenarkan menggantikan dengan lot-lot lain.  
 
3.17.    Perolehan unit komersil yang bernilai kurang RM10 juta oleh Kepentingan Asing
tidak perlu menubuhkan sebuah syarikat tempatan tertakluk syarat unit komersil tersebut adalah untuk kegunaan sendiri sahaja.
 
3.18.    Kebenaran Jawatankuasa Pelaburan Asing (F.I.C) perlu diperolehi terlebih  
dahulu bagi tujuan pemilikan hartanah bagi kegunaan selain Rumah Kediaman.
 
 
4.       GARIS PANDUAN KHAS STRATEGI BARU
(KEBENARAN PEROLEHAN HARTANAH OLEH
KEPENTINGAN ASING DI LUAR DAERAH JOHOR BAHRU)
(J/HB(T) 493/8/2004 BERKUATKUASA PADA 21 MARCH 2003
 
4.1.      Kepentingan Asing dibenarkan membeli hartanah Rumah Kediaman di semua daerah dalam Negeri Johor KECUALI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU yang berharga lebih daripada RM150.000 seunit.
 
4.2.      Pemaju dibenarkan menjual Bangunan Rumah Kediaman jenis Teres 2 tingkat dan ke atas sahaja
 
4.3.      Pembelian terus daripada pemaju dan pemaju tidak dibenar mengubah struktur bangunan sediada.
 
4.4.      Hartanah yang hendak dijual sudah siap sepenuhnya dan disahkan dengan Sijil Arkitek.
 
4.5.      Kepentingan Asing dibenarkan memiliki satu (1) unit sahaja dan kouta penjualan tidak melebihi 5% bagi satu fasa atau projek.
 
 
SYARAT DAN TATACARA;
 
4.6.      Hartanah yang hendak dijual kepada Kepentingan Asing tidak boleh ditumpukan kepada satu lokasi sahaja.
 
4.7.      Pemaju dikehendaki mengenalpasti lot-lot dan unit-unit yang akan dijual, apabila mengemukakan pelan leaut untuk diluluskan.
 
4.8.      Selepas mendapat kelulusan, pemaju atau pemilik hendaklah mendaftar suratcara pindahmilik dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan.  Selepas tempoh tersebut, kelulusan akan terbatal.
 
4.9.      Sekiranya lot untuk Kepentingan Asing itu  dibeli oleh warganegara Malaysia, pemaju atau pemilik tidak akan dibenarkan menggantikan dengan lot-lot lain.  
 
 
5.         PROGRAM “ MALAYSIA MY SECOND HOME.”
 
Kepentingan Asing  boleh membeli  rumah di bawah program ini dengan syarat;-
 
5.1.      Pembelian hanya daripada pemaju sahaja.  Pemaju dikehendaki menentukan kawasan yang dikhaskan dan telah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
 
5.2.      Pembeli  perlu mendapat kelulusan Imigeresen terlebih dahulu. Syarat yang dikenakan,  ada Simpanan Tetap – RM150,000.00
 
5.3.      Pendapatan RM7,000.00 seorang atau RM10,000.00 bersama pasangan
 
5.3.1.   Berusia 50 tahun keatas
5.3.2.   Ada Laporan Perubatan dari hospital yang diiktiraf
5.3.3.   Ada Insuran Kesihatan di Malaysia
 
5.4.      Selepas mendapat kelulusan Imigeresen dengan dibuktikan dengan Visa/Pasport dan dicop MMSH, barulah layak membeli rumah di bawah Program ini.
 
5.5.      Kepentingan Asing yang diluluskan oleh Jabatan Imigeresen di bawah program ini layak membeli 2 unit seorang rumah teres 2 tingkat dan ke atas yang berharga RM50,000.00 ke atas.
 
5.6.      Bayaran Kebenaran Perolehan sebanyak RM10,000.00 setiap hakmilik hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat kelulusan.
 
5.7.      Kelulusan ini tidak boleh dipindahmilik / dipindah hak kepada mana-mana pihak dengan apa cara sekalipun.
 
5.8.      Kemajuan pembinaan sekurang-kurang 50% siap dan disahkan oleh Arkitek. Jika telah siap – Sijil Layak Menduduki (CFO) perlu disertakan.
 
 
6.         SEKATAN KEPADA KEPENTINGAN ASING;
 
Kepentingan Asing  tidak dibenarkan memperolehi;
 
6.1.      Unit Rumah Kediaman / Kedai  di bawah kategori Kos Rendah
dan Kos Sederhana Rendah.
6.2.      Unit Rumah Kediaman jenis Teres Satu (1) Tingkat/Satu Setengah (1½) Tingkat.
6.3.      Unit Kedai, Kedai/Pejabat  satu (1) atau (2) Tingkat.
6.4.      Hartanah yang telah diperuntukan kepada Bumiputera (Kouta Bumiputera) dalam sesuatu Projek Pembangunan hartanah kecuali telah mendapat pelepasan daripada SUK. Cawangan Perumahan Johor.
6.5..     Tanah yang dikeluarkan Perintah Jualan oleh Mahkamah
            / Lelongan Awam (Sek.256-260 KTN).
6.6..     Hartanah  di atas Tanah Rizab Melayu.
6.7.      Gerai atau Bengkel Perkhidmatan
6.8.      Tanah Pertanian yang dibangun berasaskan konsep homestead
6.9.      Hartanah yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 .
 
 
7.         BAYARAN PERMOHONAN / KELULUSAN (Sek. 433B KTN)
 
7.1.      Bayaran Permohonan Perolehan Hartanah:
 
            RM500.00 bagi setiap hakmilik
            (Mengikut Jadual V – JPU.94 Item 42 Peraturan Tanah Johor)
  
7.2.      Bayaran Kelulusan Perolehan Hartanah:
(RM.Bil. 1703/97 bertarikh 29/10/97)
 
            RM10,000.00 bagi setiap hakmilik
            (Mengikut Jadual V – JPU.94 Item 34 Peraturan Tanah Johor)
 
            RM. Bil..455/98 bertarikh 18/2/1998 – Penarikan balik bayaran levi RM100,000)
 
 
8.         KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN.
 
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dalam mesyuaratnya pada 7.1.2004 (RM. Bil.
34/2004) telah menurunkan kuasa kepada;
 
8.1.      PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR
8.2.      TIMBALAN PENGARAH PTG JOHOR
 
untuk menimbangkan permohonan tersebut.
 
Permohonan di luar Garis Panduan di atas perlu dirujuk kepada:
PIHAK BERKUASA NEGERI untuk diberi pertimbangan.
 
 
9.         PIAGAM PELANGGAN.
 
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor akan memberi keputusan ke atas semua permohonan yang lengkap dalam tempoh;
 
9.1.       Tiga (3) minggu bagi perolehan hartanah dalam bidang kuasanya dan
9.2.       Tiga (3) bulan bagi perolehan hartanah dalam kuasa Pihak Berkuasa
 Negeri.
  
10        RAYUAN.     
 
Sekiranya pemohon terkilan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Johor atau Pihak Berkuasa Negeri, mereka boleh mengemukakan rayuan terus kepada Y.A.B. Menteri Besar Johor bagi pertimbangannya. 
 
 
11.       TARIKH KUATKUASA:
 
Pekeliling ini berkuatkuasa pada  01 April 2009. 
 
Pekeliling PTG Johor Bil. 5 Tahun 2005 bertarikh 7 April 2005  
 
Surat Edaran Garis Panduan Baru Mengenai Perolehan Hartanah Oleh
            Kepentingan Asing Berkuatkuasa Mulai 1.1.2005 bertarikh 14 Januari 2005
 
Surat Bil. (24) dlm. PTG.15/92 (WA) Jld.2 bertarikh 21 November 1997 –
            Bayaran kelulusan Pemilikan Tanah/Kepentingan Mengenai Tanah Kepada  
            Bukan Warganegara / Syarikat Asing
 
adalah berkaitan. 
 
12.       ALAMAT SURAT MENYURAT DAN PERTANYAAN
 
            Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada;-
 
            Pengarah Tanah dan Galian
Johor
            Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
            Aras 4, Blok C 2 S
            Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor
            79000 Nusajaya.
 
Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada Unit Perolehan Kepentingan Asing,  Pejabat Tanah dan Galian Johor
 
                        No. Tel    -           07-2666 880 /  07-2666 881 / 07-2666 882
                        No.Fax    -           07-2661 433
 
Garis Panduan ini juga boleh didapati di laman web Pejabat Tanah dan Galian Johor di alamat;
 
            Laman web     -           www.johordt.gov.my/ptgj
 
 ” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.”
  
 
  (HAJI OBET BIN TAWIL)
  Pengarah Tanah dan Galian
  Johor.
 
  Tarikh:   18 Mach 2009
   Hzba/Fail c/uwa-Garis Panduan Pemilikan W/asing
                                                                                                                   LAMPIRAN A.
 
 
1.         Kepentingan Asing  boleh membeli Bangunan Rumah Kediaman daripada Pemaju Perumahan mengikut kouta yang telah ditetapkan kepada Pemaju  
 
 
 
JENIS BANGUNAN
 
 
PERATUS (%)
 
HARGA JUALAN
 
Rumah Jenis Teres
2 Tingkat atau lebih

 
 
   Tidak lebih 20% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM250,000 dan ke atas
 
Rumah Jenis Kluster
2 Tingkat atau lebih

 
 
   Tidak lebih 20% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM250,000 dan ke atas
 
Rumah Jenis Berkembar 
(Berbandung)  2 Tingkat.
atau lebih
 
 
   Tidak lebih 30% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
  RM250,000 dan ke atas
     
      Banglo 2 Tingkat atau lot
      kosong untuk banglo
 
   Tidak lebih 30% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM250,000 dan ke atas
    
      Kondominium/Apartment
      /Pangsapuri.
 
   Tidak lebih 50% dari 
   jumlah unit jenis yang
   sama.
 
  RM250,000 dan ke atas
     
     Holiday Home.
  
   Tidak lebih 50% dari 
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM250,000 dan ke atas
 
  
2.         Pemastautin Tetap (Pemegang PR) boleh membeli Rumah Kediaman mengikut kouta yang telah ditetapkan kepada pemaju;  
 
 
JENIS BANGUNAN
 
 
PERATUS (%)
 
HARGA JUALAN
 
Rumah Jenis Teres
2 Tingkat atau lebih

 
 
   Tidak lebih 20% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM200,000 dan ke atas
 
Rumah Jenis Kluster
2 Tingkat atau lebih

 
 
   Tidak lebih 20% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM200,000 dan ke atas
 
Rumah Jenis Berkembar 
(Berbandung)  2 Tingkat.
atau lebih
 
 
   Tidak lebih 30% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
  RM200,000 dan ke atas
     
      Banglo 2 tingkat atau lot
      kosong untuk banglo
 
   Tidak lebih 30% dari
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM200,000 dan ke atas
    
      Kondominium/Apartment
      / Pangsapuri.
 
   Tidak lebih 50% dari 
   jumlah unit jenis yang
   sama.
 
 
  RM200,000 dan ke atas
     
     Holiday Home.
  
   Tidak lebih 50% dari 
   jumlah unit jenis yang
   sama
 
 
  RM200,000 dan ke atas
 
 
 
3..        Kepentingan Asing boleh membeli Bangunan Perniagaan / Komersial mengikut kuota yang telah ditetapkan kepada pemaju;  
 
 
JENIS BANGUNAN
 
 
PERATUS (%)
 
HARGA MINIMA
  
   Kedai 3 Tingkat atau lebih.
 
   Tidak lebih 10% dari
   jumlah unit
   jenis yang sama
 
  
    RM350,000 dan ke atas
  
   Kedai/Pejabat 3 Tingkat
   atau lebih
 
    Tidak lebih 10% dari
    jumlah unit jenis yang
    sama
 
  
   RM350,000 dan ke atas
   
   Ruang Pejabat / Ruang
   Perniagaan / Ruang Pameran
   dalam    Kompleks
   Perniagaan
 
   
    Tidak lebih 20% dari
    jumlah unit jenis yang
    sama
  
   RM350,000 dan ke atas
  
 
4.         Kepentingan  Asing boleh membeli Bangunan Rumah Kediaman / Kedai / Perniagaan / Komersial  daripada Individu / Syarikat kepada Individu / Syarikat (Sub-sales) 
 
 
JENIS BANGUNAN
 
HARGA  MINIMAN
(RM)
 
   Rumah Jenis Teres 2 Tingkat
   atau lebih. 
 
  
   RM350,000 dan ke atas.
  
   Rumah Jenis Kluster 2 Tingkat
   atau lebih.
 
  
   RM350,000 dan ke atas.
  
   Banglo 2 Tingkat / Holiday Home
 
  
   RM500,000 dan ke atas
  
    Rumah Berkembar (Berbandung)
    2 Tingkat  atau lebih..
 
 
   RM350,000 dan ke atas
   
    Kondominium / Apartment /
    Pangsapuri.
 
  
   RM350,000 dan ke atas
 
    Kedai 3 Tingkat atau lebih
 
 
   RM500,000 dan ke atas
  
    Kedai Pejabat 3 Tingkat atau
    lebih.
 
  
   RM500,000 dan ke atas
 
    Ruang Pejabat /Ruang Perniagaan /
    Ruang Pameran dalam Komplek
    Perniagaan.
 
 
   RM500,000 dan ke atas
                                                                                                               LAMPIRAN B. 
 
1.   JENIS-JENIS BORANG PERMOHONAN.
 
JENIS BORANG
PERMOHONAN DARIPADA
KA 1/2005
ANTARA INDIVIDU
KA 2/2005
SYARIKAT KEPADA INDIVIDU
KA 3/2005
INDIVIDU KEPADA SYARIKAT
KA 4/2005
SYARIKAT KEPADA SYARIKAT
KA 5/2005
PEMAJU KEPADA INDIVIDU/SYARIKAT
KA 6/2005
KEBENARAN MEMAJAK
 
2.   SENARAI SEMAK (CHECK  LIST) - DOKUMEN-DOKUMEN YANG
      PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG  PERMOHONAN:
 
Maklumat Pemohon (Pembeli) dan Penjual  -  Individu;
 
2.1.      Salinan Hakmilik Tanah yang diakui sah.*
2.2.      Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Harta
tahun semasa yang diakui sah.
2.3.      Salinan Passport dan salinan Kad Pengenalan Pembeli
      dan Penjual yang diakui sah.*
2.4.      Salinan Surat Perjanjian Jualbeli yang diakui sah*
2.5.      Sekiranya pindahmilik ini adalah pemberian kasih sayang antara
      suami / isteri, ibu / bapa /anak, sila sertakan salinan Surat Nikah /
      Sijil Perkahwinan dan Salinan Surat Beranak yang diakui sah.*
2.6.      Sekiranya hartanah ini adalah tanah pusaka, sila sertakan salinan
      yang diakui sah -Sijil Kematian simati, Surat Perlantikan sebagai
      Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah (Letter of
      Adminstration) atau Surat Pembahagian Pusaka dan Surat Wasiat.*
2.7.      Surat Persetujuan Pemegang Gadaian jika tanah masih dalam  
      gadaian
 
Maklumat Pemohon (Pembeli) dan Penjual  -  Pemaju Perumahan /Syarikat;
 
2.8.      Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat.*
2.9.      Memorendum & Articales (M&A) Syarikat*
2.10.        Senarai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
(Borang 49 dan 79 Akta Syarikat 1965.*
2.11.        Pemilikan Saham Syarikat (Borang 24 & 80A
Akta Syarikat 1965*
  
(*) Pihak yang boleh mengakuisah dokumen adalah Pentadbir Tanah / Peguam / Pendaftar Mahkamah sahaja.

 

Copyright©2000- 2003. Aip Cheong Real Estate Agency, Malaysia. All Rights Reserved. Disclaimer

ADDRESS:63A JALAN MAJU, TAMAN MAJU JAYA, 80400 JOHOR BAHRU, JOHOR, WEST MALAYSIA

TEL:6-07-3333376   FAX:6-07-3339105